Tuesday, November 1, 2011

3 Soalan Jangan Ditanya Pada Wanita!


Teringat lagi pesanan one of my lecturer,
Dr. Rahmatullah Khan,
ketika belajar subjek Abnormal Psychology di UIA dahulu iaitu,

3 soalan jangan ditanya pada orang perempuan:

Soalan Pertama:

Bila hendak kahwin?

Contoh situasi yang biasa berlaku:

Ketika kenduri kendara, seperti biasa makcik-makcik yang akan bertanya.

Contoh ayat:

Bilalah kau ni nak kahwin Minah oi,cuba kau tengok si Temah kawan sekolah kau tu, dah nak masuk 5 anaknya, kau bila lagi? Takkan nak tunggu putera raja turun dari langit kot?

Soalan Kedua:

Dah dapat anak ke belum?

Contoh situasi:

Masih di kenduri kendara.

Lalu datang seorang makcik dari jauh sambil tersengih-sengih lantas memegang perut Minah (bukan nama sebenar) lalu bertanya, ini dah ada isi ke belum?

Soalan Ketiga:

Berapa orang anak yang dia ada.

Contoh situasi masih sama di kenduri kendara.

Contoh ayat:

Sorang je ke anak? Bila nak tambah lagi? Muda lagi tak elok rancang-rancang ni!


Tolonglah wahai makcik-makcik dan wanita-wanita di luar sana yang kurang sensitif!

Kenapa anda seharusnya tidak bertanya soalan-soalan ini?

Jawapannya ialah kerana

anda tidak membantu pun perempuan-perempuan tersebut berkahwin,

dapat anak mahupun tambah anak lagi!

Yang anda lakukan hanyalah menambahkan tekanan perasaan

kepada mereka.

Percayalah apabila anda hanya menambahkan tekanan,

maka makin terganggulah perasaan mereka.

Contohnya bagi orang perempuan yang belum berkahwin,

percayalah mereka sendiri memang hendak berkahwin,

especially apabila hampir kesemua rakan sebayanya sudah berkahwin,

cuma jodohnya belum ketemu lagi.


Contoh kedua,

bagi orang perempuan yang masih belum dapat anak setelah bertahun-tahun berkahwin,

percayalah mereka dah cuba sedaya upaya

dan masih mencuba untuk mendapatkan anak.


Begitu juga bagi golongan yang ketiga,

merekapun masih mencuba sedaya upaya untuk tambah anak!


Maka, jangan tambah tekanan mereka,

jadilah orang yang lebih sensitif,

kerana mungkin anda bukan orang yang pertama

bertanyakan kepada mereka soalan tersebut,

mungkin anda orang yang keseratus

bertanyakan soalan yang sama,

 dalam pelbagai versi, nada dan gaya.


Jikalau anda sangat teringin untuk tahu,

tanya sahaja kepada orang yang rapat dengannya,

bukan susah untuk mendapatkan maklumat sedemikian

daripada orang yang rapat dengan empunya badan!


Percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Adil,

jikalau anda memang sengaja bertanya kerana berniat untuk menyakitkan hati mereka,

ingat satu perkara sahaja,

what you did you get back!


Takut terkena pada diri sendiri pula.

Jikalau tidak kena pada diri sendiri,

takut terkena pada orang-orang yang anda sayang!


Maka jadilah

orang yang lebih sensitif

terhadap perasaan orang lain:)

4 comments: