malam ni nak bertolak ke singapura....iman,pagi2 lagi tok ngan pah die dah amek bawak ke seremban...so,ada misi yang perlu diselesaikan iaitu mengemas rumah...bayangkan malam nak gi singapura, tapi still kemas rumah adlah agenda utama...rimas kalau rumah sepah2 then nak biarkan selama seminggu,rasa hati mcm x tenang....
ha, ini ruang tamu yang sudah siap dikemas, siap tukar sarung kusyen, vacuum lantai n mop sekali...fuhhhh....letih, beza sungguh dgn gambar sebelum ni bersepah macam di langgar geruda
gambar bawah ni pulak, laci mainan iman, semua mainan yang kecil2 simpan dalam laci ni, senang nak kemas,campak2 je dalam laci, cuma yang besar2 je susun di atas dan sebelah almari berlaci ni....
gambar bawah ni pulak gambar ruang makan, bukan asing pun ruang ni...bersambung je dengan ruang tamu, xde partition apepun,almaklumlah rumah apartmentkan....so design yang biasa mcm inilah....barang2 yang dekat rak tuh masih tak tersusun rapi lagi sebab actually nak tambah pintu pada rak ikea ni so boleh sorok2 barang yang x berapa cantik dilihat mcm tu sahaja, tp masih belum berkesempatan untuk dibeli...tengoklah nanti,kalau rajin, kita upgrade rak2 ikea ni....cat baru pun boleh, cat kaler itam pulak ke kan...hohoho
gambar bawah ni pula, gambar bilik study, dulu bilik study ni dijadikan juga stor simpan barang, sebab stor sedia ada dijadikan bilik arnab, bila arnab sudah mati, sekarang belum ada haiwan peliharaan (dalam hati rasa nak bela kucing pun ada,hehe)....so, bilik arnab tuh sekarang sudah dijadikan stor semula....so,bilik study maintain sebagai bilik study sahaja, penat betul angkat almari gorm tuh dan pindahkan semua brg2 ke dalam stor sorang...huhuhu....
gambar bawah ni, gambar bilik stor yang dahulunya bilik arnab kesayanganku....
itulah cerita tentang mengemas rumah...badan pun dah penat, perut pun dah rasa lapar,barang2 nak ke singapura ada sikit lagi then siap semua dah...cuma duit masih x tukar lagi....lepas ni nak cari makanan, and tukar duit RM ke sing dolllar di money changer....puas hati lega bila rumah dah siap kemas...alhamdulillah~~~~
rumah sepah2 tu biasalah bila dah ada anak ni...
ReplyDeleteazri,mmg biasa...tapi kene rajin kemasla kalau tak lg serabut,serabut dgn anak,serabut dgn rumah nanti lame2 tensen...
ReplyDeletebobhandburry..thanx 4 visiting...:)
ReplyDelete