Tuesday, April 17, 2012

Saya dan Tudung Bawal Aidijuma :)

Sekarang nampaknya fesyen tudung bawal dah kembali semula,

saya pun tak pasti siapa yang mengembalikan fesyen tudung bawal ni?

Datin Aidijuma?



atau Pereka fesyen Indonesia Dian Pelangi?



Saya pun tak pasti, saya cuma jual tudung bawal sahaja, ni page tudung bawal saya,

http://www.facebook.com/bawaltudung.

Setakat ni cuma ada tudung bawal aidijuma sahaja yang ada,

insyaallah dalam perancangan menambah masuk stock tudung rainbow dan tudung bidang 55,

sebab ramai yang bertanya saiz yang lebih besar.

Ini gambar saya dengan tudung bawal aidijuma 3 tone.



Ini pula gambar saya dengan tudung bawal aidijuma 2 tone.



Hendak dijadikan cerita, bagaimana saya boleh tersangkut pada bawal aidijuma pula ni,

pertama sebab nampak ramai pakai bawal 2 tone, dari jauh dah nampak cantik.

Dah rasa minat dah.

Tapi biasalah, tudung bawal agak sukar memakainya,

especially bila tengahari, masa hendak solat, mula-mula tanggal tudung,

kemudian keluar ambil wudhuk, pakai semula tudung bawal,

jalan pula ke surau, akhirnya, nak pakai lagi sekali, nak bagi 'awning'nya terbentuk cantik,

sangatlah susah.

That's why saya pilih pakai tudung 'awning',

tapi masalah tudung 'awning', banyak tak sesuai dengan muka saya,

cuma Fareeda sahaja yang sesuai, tapi masalah tudung Fareeda pula,

saiz XL tak banyak warna, saiz standard memang banyak warna, sangatlah cantik warnanya,

maka, akibatnya, banyaklah baju kurung yang tak boleh nak match dengan Tudung Fareeda.

Ini gambar saya dengan Tudung Fareeda :)



Sebelum Fareeda, saya pakai shawl, masa fesyen Hana Tajima. Tapi disebabkan

malas nak melilit shawl, tukar pakai tudung instant, Tudung Fareeda.

Ini gambar saya masa pakai shawl :)



TAPI sebenarnya,

bila cuba tudung bawal Aidijuma, alahai, mudahnyalah nak bentuk,

tak gosok lagi pun dah terbentuk cantik dah,

teruslah terpaut dengan Tudung Bawal Aidijuma ni.

Jadi, buat masa sekarang saya stick dengan dua jenis tudung,

Tudung Bawal Aidijuma dan Tudung Fareeda sahaja.

Friday, April 13, 2012

Oh no, tayar kereta ku pancit di shopping mall !


Hari tu saya ceritakan 2 benda penting yang banyak memudahkan hidup saya as a survivor,

iaitu stroller untuk angkut anak & kedua GPS.


Ini lagi satu benda penting yang secara kebetulan saya memang ada membership ni,

iaitu smart assist membership ( sebab saya guna kereta myvi perodua)

saya pun tak pasti bagaimana boleh jadi member,

tapi saya dapat sejurus selepas renew insurance tahun lepas,

apa yang bagusnya kad ni ialah bila ditimpa kesusahan seperti kereta break down,

or paling simple, tayar pancit.


Saya baru teringat tentang kad ni bila satu hari, tayar kereta saya pancit di

shopping mall area KL,

Alhamdulillah, macam dapat ilham masa tengah berfikir macam mana nak tukar tayar kereta,

terus sahaja teringat tentang kad smart assist ni.


Alhamdulillah, sangat cepat, call sahaja, terus dalam beberapa minit,

sampai bantuan tolong tukar tayar secara free.


So, moral of the story, especially untuk orang perempuan yang selalu drive kereta sendiri or

hidup sendiri, benda simple macam ni sangat penting la sebenarnya,

so, jangan abaikan untuk kemudahan diri sendiri :)

Sunday, April 8, 2012

How Do I Survive as A Young Single Mother ????

Single Mother?

Serious?

Yup

I'm a YOUNG Single Mother...


Ini cuma sedikit kisah saya, apa yang saya buat untuk 'survive' meneruskan kehidupan seperti

biasa as a young single mother. Seusia 27 tahun saya sudah bergelar single mother :) muda kan?

Benda dah jadi, sudah ditakdirkan :)


Sangat berharap kawan-kawan tidak bertanyakan lagi sebabnya, kerana tempoh bertanya tu

mungkin sudah agak terlewat, dan saya sebenarnya berharap tidak lagi membuka aib sesiapa

lagi apatah lagi semua pihak sudah mula membina hidup baru masing-masing :)



Pertamanya, saya sendiri memang jenis orang yang berdikari, so, sebenarnya tidaklah susah

sangat jadi single mother membesarkan anak sendirian ni, mungkin juga kerana dari umur saya

13 tahun (tingkatan 1) saya sudah duduk di asrama, mungkin dari situ saya mula belajar

berdikari, sampai sekarang ni :)


Kedua: La Takhof, Wa la Tahzan, Innallaha Maa'na

Allah kan ada, kenapa perlu risau?


Ketiga: Be positive!

Pesan-pesan pada diri selalu, apa jadi, itu semua ujian je, hidup ni sementara, so kenapalah saya

nak takut dengan ujian, just face it! itu sahaja, hidup ni ujian, semoga kita tak gagal, dan berjaya

kelak, ameen :)


Dan saya tidak pernah sekali-kali mengklasifikasikan apa yang berlaku itu sebagai kegagalan,

tapi kejayaan, sebab tu saya gembira dengan hidup saya, cuma terkenang tu biasalah, kenangan

tak akan hilang, walau pahit atau manis, kedua-duanya tetap kenangan :)



Keempat, saya cari solution atas segala masalah yang menyukarkan hidup:


Contoh satu:

Sudah tiada sesiapa nak tolong dukung iman bila pagi-pagi nak pergi kerja turun dari

tingkat 11 and especially ketika jalan-jalan di shopping mall.


Solution:

1) Stroller. Inilah stroller yang sangat banyak berkhidmat, tapi sekarang dah tak payah guna

sebab semenjak iman sekolah tadika di Q-Dees ni, walaupun baru berumur 3 tahun setengah,

tapi kemanjaannya dah semakin kurang, tak minta dukung dah, suka jalan sendiri pakai selipar

ben 10 :)



Contoh dua:

Sudah tiada sesiapa nak tolong drive hantar ke mana-mana, hantar tu tak apa lagi sebab saya

boleh drive, masalahnya saya bab jalan ni memang 'fail'!


Solution:

1) Beli GPS. Ini GPS yang sangat banyak membantu saya, masa awal-awal guna memang agak

kekok, pernah tersesat sebab salah setting, dan pernah tersesat kerana salah baca arah, tapi

bila dah biasa guna, alhamdulillah GPS lebih memudahkan, boleh elak jalan JEM sebab boleh

setting highway dan boleh anggar perjalanan sampai pukul berapa. Alhamdulillah, guna GPS

boleh sampai ke Penang, dan boleh masuk KL dan keluar semula dengan selamat sampai lah ke

rumah. Alhamdulillah :)




Kesimpulannya: Think of the solution, not the problem :) Jangan biarkan anda rasa

seperti patah kaki, itu yang saya buat, masa awal-awal memang rasa macam tu, tapi

lama-lama, ala, tak susah mana pun :)



Akhir sekali: Ini sepatutnya yang pertama, tapi saja letak terakhir sebagai

penekanan, ingatlah orang-orang yang tersayang, parent, adik beradik, anak, kawan-

kawan, ada beratus orang yang menyayangi saya, apalah sangat jika hendak dibandingkan

dengan seorang yang berlalu pergi :)


Sememangnya orang-orang disekeliling saya yang sebenarnya menjadi

tulang belakang saya boleh bangun semula :)

thanks everyone :)

luv u all :)


Last but not least, sekadar kata-kata daripada saya yang mungkin boleh difikir-

fikirkan:


"Kejayaan dan kegagalan itu sifatnya subjektif, anda tentukan sendiri maksudnya,

adakah anda gagal? Atau sebaliknya anda berjaya?"

Thursday, April 5, 2012

yes, I'm ustazah dan saya suka kecantikan :)

Wanita dan kecantikan sangat sukar dipisahkan

Persoalannya, salahkah kelihatan cantik?



Ada banyak persoalan yang perlu difikirkan dahulu sebelum menjawab salah atau betul

untuk kelihatan cantik, saya bagi beberapa contoh :


Kelihatan cantik untuk suami ?

Kelihatan cantik untuk ajnabi/ bukan mahram ?

Kelihatan cantik untuk menunjuk-nunjuk ?

Kelihatan cantik kerana Allah suka kepada kecantikan ?

Kelihatan cantik sebab saya memang suka cantik?


Oh, ada berpuluh soalan malah beratus soalan boleh ditanyakan tentang salahkah atau benarkah

kelihatan cantik.

Benar atau salah?


Secara umumnya, salahkah kelihatan cantik?

Secara umumnya, tidak salah,

tetapi secara khususnya, bagaimanakah anda mendefinisikan cantik itu yang perlu diteliti.


Pertama, cantik itu abstrak. Jadi bagaimana anda mendefinisikan cantik?

Jika anda memberi definisi cantik itu berpakaian ketat atau tidak menutup aurat,

maka salahlah kelihatan cantik.

Betul?


Antara perkara yang perlu diingatkan dalam kecantikan ialah bersederhana

Sederhana atau wasatiah

Kenapa?


Pertama: Perempuan sangat suka kecantikan,

mungkin jika hendak diberi perumpamaan,

ibarat lelaki : sangat sukakan wanita cantik,

begitulah juga perempuan : sangat suka dengan kecantikan.

maka, jangan sibukkan wanita/ perempuan dengan kecantikan,

kelak rosak dan binasalah ia,

ibarat lelaki disibukkkan hidupnya dengan mengejar wanita cantik,

maka rosaklah juga hidupnya.


Saya sendiri suka cantik,

kalau ditanya fesyen tudung, pelbagai koleksi tudung saya miliki,

dari selendang ala hana tajima, ke Fareeda dan Tudung Aidijuma, semuanya saya ada

Mungkin perlu lebih mujahadah untuk tidak taksub kepada kecantikan


Tetapi apa yang perlu diutamakan ialah penutupan aurat.

Pakailah apa sahaja, pastikan ia menutup aurat.

Ramai orang menggunakan istilah sempurna dan tidak sempurna.

Contoh : Saya menutup aurat tetapi TIDAK SEMPURNA. Betulkah?

Pertamanya, dalam menutup aurat, cuma ada perkataan tutup atau tidak tutup. Itu sahaja.

Contoh, memakai tudung berbaju ketat didefinisikan menutup aurat tetapi tidak sempurna.

Betulkah?

Pendapat saya, itu bukan tidak sempurna, tetapi, tidak menutup aurat.

Mungkin sedang belajar menutup aurat lebih sesuai bagi golongan tersebut.


Satu perkara yang perlu difahami ialah,

jika sukarnya seorang lelaki untuk tidak taksub pada wanita cantik,

begitu jugalah sukarnya wanita untuk tidak taksub pada kecantikan.


Maka, mujahadah perlu kuat di sini, dan perkembangan fesyen yang bertentangan dengan

fesyen menutup aurat dengan erti kata sebenar sangat tidak membantu wanita dalam menutup

aurat.


Mungkin satu fahaman perlu di tanam dalam diri semua orang, sama ada lelaki mahupun wanita

"Menutup Aurat Itulah Kecantikan".


Yes, saya ustazah dan saya juga suka kecantikan :)

Tuesday, April 3, 2012

Aidijuma Polkadot


Aidijuma Polkadot

Kain Bawal yang lebih mudah dibentuk daripada bawal biasa

Di bahagian tepi dijahit kain polkadot, berbeza, unik dan nampak kelainan daripada bawal biasa

sila like page http://www.facebook.com/pages/Aidijuma/323011497752558

Stok sangat terhadf, hanya satu unit bagi setiap warna dan corak :)

Wednesday, March 28, 2012




assalamualaikum

bagi peminat setia tudung bawal

terkini Tudung Bawal Aidijuma

lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan identiti bawal

pilihan warna yang lebih menarik

dan tudung lebih mudah dibentuk berbandding kain bawal biasa

sila layari page facebook seperti tertera di bawah

http://www.facebook.com/pages/Aidijuma/323011497752558

Tuesday, November 1, 2011

3 Soalan Jangan Ditanya Pada Wanita!


Teringat lagi pesanan one of my lecturer, Dr. Rahmatullah Khan, ketika belajar subjek Abnormal Psychology di UIA dahulu iaitu 3 soalan jangan ditanya pada orang perempuan.

Soalan Pertama:
Bila hendak kahwin?
Contoh situasi yang biasa berlaku: Ketika kenduri kendara, seperti biasa makcik-makcik yang akan bertanya.
Contoh ayat: Bilalah kau ni nak kahwin Minah oi,cuba kau tengok si Temah kawan sekolah kau tu, dah nak masuk 5 anaknya, kau bila lagi? Takkan nak tunggu putera raja turun dari langit kot?

Soalan Kedua:
Dah dapat anak ke belum?
Contoh situasi: Masih di kenduri kendara. Lalu datang seorang makcik dari jauh sambil tersengih-sengih lantas memegang perut Minah (bukan nama sebenar) lalu bertanya, ini dah ada isi ke belum?

Soalan Ketiga:
Berapa orang anak yang dia ada.
Contoh situasi masih sama di kenduri kendara.
Contoh ayat: Sorang je ke anak? Bila nak tambah lagi? Muda lagi tak elok rancang-rancang ni!

Tolonglah wahai makcik-makcik dan wanita-wanita di luar sana yang kurang sensitivity. Kenapa anda seharusnya tidak bertanya soalan-soalan ini?

Jawapannya ialah kerana anda tidak membantu pun perempuan-perempuan tersebut berkahwin, dapat anak mahupun tambah anak lagi!

Yang anda lakukan hanyalah menambahkan tekanan perasaan kepada mereka. Percayalah apabila anda hanya menambahkan tekanan, maka makin terganggulah perasaan mereka.

Contohnya bagi orang perempuan yang belum berkahwin, percayalah mereka sendiri memang hendak berkahwin especially apabila hampir kesemua rakan sebayanya sudah berkahwin, cuma jodohnya belum ketemu lagi.

Contoh kedua,bagi orang perempuan yang masih belum dapat anak setelah bertahun-tahun berkahwin, percayalah mereka dah cuba sedaya upaya dan masih mencuba untuk mendapatkan anak.

Begitu juga bagi golongan yang ketiga, merekapun masih mencuba sedaya upaya untuk tambah anak!

Maka, jangan tambah tekanan mereka, jadilah orang yang lebih sensitif, kerana mungkin anda bukan orang yang pertama bertanyakan kepada mereka soalan tersebut, mungkin anda orang yang keseratus bertanyakan soalan yang sama dalam pelbagai versi, nada dan gaya.

Jikalau anda sangat teringin untuk tahu, tanya sahaja kepada orang yang rapat dengannya, bukan susah untuk mendapatkan maklumat sedemikian daripada orang yang rapat dengan empunya badan.

Percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Adil, jikalau anda memang sengaja bertanya kerana berniat untuk menyakitkan hati mereka, ingat satu perkara sahaja, what you did you get back! Takut terkena pada diri sendiri pula. Jikalau tidak kena pada diri sendiri, takut terkena pada orang-orang yang anda sayang!

Maka jadilah orang yang lebih sensitif terhadap perasaan orang lain:)