Showing posts with label coretan seorang Muallimah. Show all posts
Showing posts with label coretan seorang Muallimah. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

3 Soalan Jangan Ditanya Pada Wanita!


Teringat lagi pesanan one of my lecturer,
Dr. Rahmatullah Khan,
ketika belajar subjek Abnormal Psychology di UIA dahulu iaitu,

3 soalan jangan ditanya pada orang perempuan:

Soalan Pertama:

Bila hendak kahwin?

Contoh situasi yang biasa berlaku:

Ketika kenduri kendara, seperti biasa makcik-makcik yang akan bertanya.

Contoh ayat:

Bilalah kau ni nak kahwin Minah oi,cuba kau tengok si Temah kawan sekolah kau tu, dah nak masuk 5 anaknya, kau bila lagi? Takkan nak tunggu putera raja turun dari langit kot?

Soalan Kedua:

Dah dapat anak ke belum?

Contoh situasi:

Masih di kenduri kendara.

Lalu datang seorang makcik dari jauh sambil tersengih-sengih lantas memegang perut Minah (bukan nama sebenar) lalu bertanya, ini dah ada isi ke belum?

Soalan Ketiga:

Berapa orang anak yang dia ada.

Contoh situasi masih sama di kenduri kendara.

Contoh ayat:

Sorang je ke anak? Bila nak tambah lagi? Muda lagi tak elok rancang-rancang ni!


Tolonglah wahai makcik-makcik dan wanita-wanita di luar sana yang kurang sensitif!

Kenapa anda seharusnya tidak bertanya soalan-soalan ini?

Jawapannya ialah kerana

anda tidak membantu pun perempuan-perempuan tersebut berkahwin,

dapat anak mahupun tambah anak lagi!

Yang anda lakukan hanyalah menambahkan tekanan perasaan

kepada mereka.

Percayalah apabila anda hanya menambahkan tekanan,

maka makin terganggulah perasaan mereka.

Contohnya bagi orang perempuan yang belum berkahwin,

percayalah mereka sendiri memang hendak berkahwin,

especially apabila hampir kesemua rakan sebayanya sudah berkahwin,

cuma jodohnya belum ketemu lagi.


Contoh kedua,

bagi orang perempuan yang masih belum dapat anak setelah bertahun-tahun berkahwin,

percayalah mereka dah cuba sedaya upaya

dan masih mencuba untuk mendapatkan anak.


Begitu juga bagi golongan yang ketiga,

merekapun masih mencuba sedaya upaya untuk tambah anak!


Maka, jangan tambah tekanan mereka,

jadilah orang yang lebih sensitif,

kerana mungkin anda bukan orang yang pertama

bertanyakan kepada mereka soalan tersebut,

mungkin anda orang yang keseratus

bertanyakan soalan yang sama,

 dalam pelbagai versi, nada dan gaya.


Jikalau anda sangat teringin untuk tahu,

tanya sahaja kepada orang yang rapat dengannya,

bukan susah untuk mendapatkan maklumat sedemikian

daripada orang yang rapat dengan empunya badan!


Percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Adil,

jikalau anda memang sengaja bertanya kerana berniat untuk menyakitkan hati mereka,

ingat satu perkara sahaja,

what you did you get back!


Takut terkena pada diri sendiri pula.

Jikalau tidak kena pada diri sendiri,

takut terkena pada orang-orang yang anda sayang!


Maka jadilah

orang yang lebih sensitif

terhadap perasaan orang lain:)

Wednesday, May 25, 2011

Tahu dan Sedar Adalah Dua Perkara Yang Berbeza.

Ramai orang yang tahu, tapi tidak ramai orang yang sedar.

Jikalau ditanya tentang tanggungjawab seorang suami, majoriti semua suami di dunia tahu tentang tanggungjawab sebagai seorang suami.

Terutamanya bab nafkah.

Semua suami mahupun bakal-bakal suami sedia maklum dan tahu bahawasanya mereka bertnggungjawab dan dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk memikul satu amanah bahawa pemberian nafkah kepada keluarga, anak dan isteri adalah tanggungjawab mereka.

Jikalau ditanya kepada semua suami,pastinya jarang-jarang kita dengar yang seumur hidup mereka tidak pernah tahu tentang tanggungjawab tersebut.

Sejak dibangku sekolah lagi sudah diajar, sebelum kahwin sudah diingatkan berulang kali, ketika kursus kahwin, ketika khutbah nikah juga sudah disebutkan, tetapi, malangnya tahu sahaja tidak cukup, perlu timbul kesedaran dalam hati tentang betapa besarnya taklifan tersebut yang telah Allah amanahkan kepada suami yang merupakan ketua keluarga dan juga orang yang bertanggungjawab dalam melindungi keluarga, isteri dan anak.

Ayat ((Ar-rijal qawwamuna 'alan-nisa' (Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita) ( An-Nisa, [4]: 34)sepatutnya diamati dan dihayati oleh semua para suami. Malangnya, realiti kehidupan apabila ramainya manusia yang tahu, hatta,kalau ditanya dalam peperiksaan pun, sangat ramai yang boleh menjawab segala soalan berkaitan agama, tetapi kurangnya yang sedar tentang apa yang dipelajari.

Maka berlakulah kepincangan dalam institusi kekeluargaan contohnya apabila telah hilang kesedaran tersebut dalam diri.

Tepuk dada tanya iman dalam hati. Moga-moga muncul kesedaran dalam diri. Jangan kelak segala kesilapan, segala dosa akhirnya dianggap biasa, dan apabila seorang isteri akhirnya menuntut haknya, isteri juga akhirnya disalah erti.

Seorang isteri sangat senang menzahirkan kasih sayangnya dari segi perkataan mahupun perbuatan, sedangkan suami tidak ramai yang pandai menzahirkan kasih sayang, maka seharusnya ditunjukkan dari segi perlaksanaan tanggungjawab, diberi nafkah, cukup pakai makan mengikut kemampuan suami.

Akan tetapi, apabila seorang suami mula mengabaikan tanggungjawab tersebut, maka disitu timbul persoalan di hati isteri, Masih sayangkah suami itu terhadap dirinya? Sejuta persoalan mula timbul, jenuh isteri mencari-cari dan tercari-cari dimanakah silapnya?

Pening, keliru, buntu. Asal ditanya tentang nafkah, maka perang dunia yang bakal meletus. Akhirnya isteri mengambil jalan pintas, sudah letih berbalah, lebih baik berdiam, jangan ditanya lagi tentang nafkah, maka tiada lagi perbalahan. Tenang. Sesungguhnya rezeki Allah masih banyak, masih luas, biarkanlah suami begitu.

Maka, isteri meneruskan kehidupan seperti biasa, anak disiapkan, dididik seperti biasa, diberi makan, cukup pakai segalanya ditanggung isteri.

Rumah juga diuruskan segala keperluan isi rumah ditanggung seperti biasa.

Maka kehidupannya berjalan seperti biasa, nampak tenang, nampak bahagia di mata semua orang.

Tetapi di dalam hati isteri, Allah sahaja yang tahu.

Suami? Masih begitu. Leka dengan kehidupannya yang merasakan biasa dan tidak bersalah atas pengabaian tanggungjawabnya.

Itulah realiti kehidupan, apabila ramainya insan yang mengetahui tetapi hilangnya kesedaran dalam diri.

Itu contoh biasa tentang manusia yang tahu tetapi tidak sedar, begitu banyak contoh lain dalam kehidupan yang boleh dikaitkan, tentang solat, puasa, zakat, apa sahaja.

Orang kita bukan lagi seperti dahulu, ilmu agama tidak sukar lagi dicari, di televisyen, mahupun internet juga terlalu banyak ilmu yang boleh dicari, tetapi,itulah lumrah kehidupan, tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza,tahu sahaja tidak memadai.

Sekadar renungan bersama.

wallahua'lam bissowab.

Thursday, February 24, 2011

2011

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam atas segala rahmat dan nikmat-Nya yang melimpah ruah. Dengan izin-Nya jualah akhirnya dapat juga blog ini dihasilkan. Blog ini adalah blog peribadi dan sekadar berkongsi cerita atau apa sahaja maklumat berkaitan dengan perjalanan hidupku dan karierku sebagai seorang guru atau lebih tepat lagi sebagai seorang ustazah di Sekolah Sultan Alam Shah. Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sebelum itu, serba sedikit tentang latar belakangku sebagai seorang guru, mula2 berkhidmat di Sekolah Sultan Alam Shah lebih kurang setahun bermula Jan 2010...in fact, sekolah ini merupakan sekolah pertama ditempatkan sejurus selepas tamat pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Pendidikan Islam) di UIAM, sebelum itu menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Kepujian Ilmu Wahyu (Al-Quran dan As-Sunnah)....erti kata lain, aku merupakan guru baru (guru novis) dan masih banyak yang perlu di pelajari....pengalaman pun kurang, ilmu pun masih cetek...maka segala teguran membina diharapkan dalam membantu aku menjadi guru yang lebih baik dari hari ke sehari...

Just would like to share satu video nasyeed bertajuk Muallim yang memberikan contoh Rasulullah itu sendiri sebagai seorang Muallim atau guru yang terbaik...moga semua guru-guru di serata dunia dapat mengambil contoh daripada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ini yang merupakan guru terbaik!