Sunday, May 29, 2011

mengemas rumah...

malam ni nak bertolak ke singapura....iman,pagi2 lagi tok ngan pah die dah amek bawak ke seremban...so,ada misi yang perlu diselesaikan iaitu mengemas rumah...bayangkan malam nak gi singapura, tapi still kemas rumah adlah agenda utama...rimas kalau rumah sepah2 then nak biarkan selama seminggu,rasa hati mcm x tenang....





ha, ini ruang tamu yang sudah siap dikemas, siap tukar sarung kusyen, vacuum lantai n mop sekali...fuhhhh....letih, beza sungguh dgn gambar sebelum ni bersepah macam di langgar geruda


gambar bawah ni pulak, laci mainan iman, semua mainan yang kecil2 simpan dalam laci ni, senang nak kemas,campak2 je dalam laci, cuma yang besar2 je susun di atas dan sebelah almari berlaci ni....


gambar bawah ni pulak gambar ruang makan, bukan asing pun ruang ni...bersambung je dengan ruang tamu, xde partition apepun,almaklumlah rumah apartmentkan....so design yang biasa mcm inilah....barang2 yang dekat rak tuh masih tak tersusun rapi lagi sebab actually nak tambah pintu pada rak ikea ni so boleh sorok2 barang yang x berapa cantik dilihat mcm tu sahaja, tp masih belum berkesempatan untuk dibeli...tengoklah nanti,kalau rajin, kita upgrade rak2 ikea ni....cat baru pun boleh, cat kaler itam pulak ke kan...hohoho


gambar bawah ni pula, gambar bilik study, dulu bilik study ni dijadikan juga stor simpan barang, sebab stor sedia ada dijadikan bilik arnab, bila arnab sudah mati, sekarang belum ada haiwan peliharaan (dalam hati rasa nak bela kucing pun ada,hehe)....so, bilik arnab tuh sekarang sudah dijadikan stor semula....so,bilik study maintain sebagai bilik study sahaja, penat betul angkat almari gorm tuh dan pindahkan semua brg2 ke dalam stor sorang...huhuhu....



gambar bawah ni, gambar bilik stor yang dahulunya bilik arnab kesayanganku....




itulah cerita tentang mengemas rumah...badan pun dah penat, perut pun dah rasa lapar,barang2 nak ke singapura ada sikit lagi then siap semua dah...cuma duit masih x tukar lagi....lepas ni nak cari makanan, and tukar duit RM ke sing dolllar di money changer....puas hati lega bila rumah dah siap kemas...alhamdulillah~~~~

Iman dan susu...

Beberapa bulan kebelakangan ni berat badan iman sangat tidak memberangsangkan peningkatannya...grafnya mendatar sahaja...10 kg pada bulan mac dan mei...akibat daripada itu, 3 kali, iman direfer kepada dietician...tp 2 kali je ummi jumpa sbb masa mula2 tuh termiss sbb hari sekolah...yang dua kali tuh jumpa pun sbb iman masuk wad 2 kali,selain dari penyakit jangkitan kuman tuh,masalah berat badannya yang tidak meningkat,so doktor refer kpd dietician....dptlah ummi ceramah tentang pemakanan yang berkhasiat...bila sekali dengar tuh ok jer,dengar jelah...tp bila kali kedua tuh, rasa mcm pelik je, mungkin sbb rasa mcm cara dietician tuh cakap macam ummi iman nih tak bagi iman makan je...hohohoho...tp, xpelah ...belajar untuk mendengar dan cuba praktikkan...masa mula2 jumpe dietician tuh, dietician dah suruh tukar susu iman dari Dugro kepada Pediasure,..tp, die tak terangkan kenapa, so xlah tukar...sebab die suruh tukar susu mahal,susu Pedia sure yang harga setin 900g rm65...hohohoho...selama ni guna susu Dugro murah je dalam rm25, so ummi pun tukar susu Sustagen sebab tak mahal tp tengok iklan kat tv mcm bagus je,hoho....bila kali kedua jumpa dietician tuh,die tanya dah tukar susu Pediasure ke tak..jawabla tak sbb mahal...hahahaha....then, die terangkan kenapa kene tukar....bila iman stop breastfeeding 2 tahun 4 bulan tuh,after that berat badannya tak memberangsangkan so mungkin susu yang iman minum tuh x membantu perkembangannya, erti kata lain tak sesuai untuk iman...dietician tuh kata, dugro banyak gula...sustagen tuh pulak seimbang sesuai untuk kanak2 biasa yang tiada masalah berat badan...Pediasure nih sesuai untuk Iman, sebab dia ade lemak sihat n karbohidrat yang banyak membantu perkembangan tubuh yang sihat...so,bila dah faham apa dietician tuh cakap...so, ummi pun belilah susu Pediasure walaupun mahal...tp,alhamdulillah,muka iman pun dah nampak tembam,badan pun dah naik,mahal pun mahalla...janji Iman sihat...selama ni susu badan takla keluar bajet susu...hohoho...apapun, breastfeeding jugakla bagus, tak susah pening2 pilih susu mana elok dan paling jimat dalam dunia sbb tak keluar sesen pun...~~~

rumahku diserang tentera geruda merong mahawangsa...

inilah gambar tentera yang dah letih menyepahkan rumah,tidur pun sambil pegang buku gambar bas ...itu belum campur buku2 lain yang diselongkarnya dari rak buku...punyela banyak...dgn satu almari mainannya dipunggah,...macam tulah selalu,time die tido baru ummi kemas semula...
inila rumah yang bersepah mcm dilanggar geruda merong mahawangsa tu....berselerak abes,atas kusyen tu siap penuh bedak ditaburnya iman si kecik tu....kalau di tegur, marah....maka ummi pun biarkanlah sahaja die seronok bermain menyepah2kan mainannya di merata2 rumah....


ini lagi satu benda yang paling ummi terkejut...adeke patut budak ucuk2 ni conteng dinding rumah ...rasa nak menangis sbb terkejut...punyela susah ummi memberus dinding tuh sampai luntur2 catnya....tapi tak marah pun sbb die dah conteng, time tuh x perasan sbb tengah dalam bilik...keluar bilik je tgk dah berconteng abes dah...nak buat macam manakan..cuma ajar diela..lenkali lukis kat buku,terus amek buku2 die n suruh die sambung menconteng dibukunya warna yang selalu dicontengnya itu...hohoho...







Thursday, May 26, 2011

Homework Cuti Pertengahan Tahun Pendidikan Islam Tingkatan 2

KERJA_RUMAH_CUTI_SEKOLAH_PERTENGAHAN_TAHUN

Wednesday, May 25, 2011

Tahu dan Sedar Adalah Dua Perkara Yang Berbeza.

Ramai orang yang tahu, tapi tidak ramai orang yang sedar.

Jikalau ditanya tentang tanggungjawab seorang suami, majoriti semua suami di dunia tahu tentang tanggungjawab sebagai seorang suami.

Terutamanya bab nafkah.

Semua suami mahupun bakal-bakal suami sedia maklum dan tahu bahawasanya mereka bertnggungjawab dan dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk memikul satu amanah bahawa pemberian nafkah kepada keluarga, anak dan isteri adalah tanggungjawab mereka.

Jikalau ditanya kepada semua suami,pastinya jarang-jarang kita dengar yang seumur hidup mereka tidak pernah tahu tentang tanggungjawab tersebut.

Sejak dibangku sekolah lagi sudah diajar, sebelum kahwin sudah diingatkan berulang kali, ketika kursus kahwin, ketika khutbah nikah juga sudah disebutkan, tetapi, malangnya tahu sahaja tidak cukup, perlu timbul kesedaran dalam hati tentang betapa besarnya taklifan tersebut yang telah Allah amanahkan kepada suami yang merupakan ketua keluarga dan juga orang yang bertanggungjawab dalam melindungi keluarga, isteri dan anak.

Ayat ((Ar-rijal qawwamuna 'alan-nisa' (Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita) ( An-Nisa, [4]: 34)sepatutnya diamati dan dihayati oleh semua para suami. Malangnya, realiti kehidupan apabila ramainya manusia yang tahu, hatta,kalau ditanya dalam peperiksaan pun, sangat ramai yang boleh menjawab segala soalan berkaitan agama, tetapi kurangnya yang sedar tentang apa yang dipelajari.

Maka berlakulah kepincangan dalam institusi kekeluargaan contohnya apabila telah hilang kesedaran tersebut dalam diri.

Tepuk dada tanya iman dalam hati. Moga-moga muncul kesedaran dalam diri. Jangan kelak segala kesilapan, segala dosa akhirnya dianggap biasa, dan apabila seorang isteri akhirnya menuntut haknya, isteri juga akhirnya disalah erti.

Seorang isteri sangat senang menzahirkan kasih sayangnya dari segi perkataan mahupun perbuatan, sedangkan suami tidak ramai yang pandai menzahirkan kasih sayang, maka seharusnya ditunjukkan dari segi perlaksanaan tanggungjawab, diberi nafkah, cukup pakai makan mengikut kemampuan suami.

Akan tetapi, apabila seorang suami mula mengabaikan tanggungjawab tersebut, maka disitu timbul persoalan di hati isteri, Masih sayangkah suami itu terhadap dirinya? Sejuta persoalan mula timbul, jenuh isteri mencari-cari dan tercari-cari dimanakah silapnya?

Pening, keliru, buntu. Asal ditanya tentang nafkah, maka perang dunia yang bakal meletus. Akhirnya isteri mengambil jalan pintas, sudah letih berbalah, lebih baik berdiam, jangan ditanya lagi tentang nafkah, maka tiada lagi perbalahan. Tenang. Sesungguhnya rezeki Allah masih banyak, masih luas, biarkanlah suami begitu.

Maka, isteri meneruskan kehidupan seperti biasa, anak disiapkan, dididik seperti biasa, diberi makan, cukup pakai segalanya ditanggung isteri.

Rumah juga diuruskan segala keperluan isi rumah ditanggung seperti biasa.

Maka kehidupannya berjalan seperti biasa, nampak tenang, nampak bahagia di mata semua orang.

Tetapi di dalam hati isteri, Allah sahaja yang tahu.

Suami? Masih begitu. Leka dengan kehidupannya yang merasakan biasa dan tidak bersalah atas pengabaian tanggungjawabnya.

Itulah realiti kehidupan, apabila ramainya insan yang mengetahui tetapi hilangnya kesedaran dalam diri.

Itu contoh biasa tentang manusia yang tahu tetapi tidak sedar, begitu banyak contoh lain dalam kehidupan yang boleh dikaitkan, tentang solat, puasa, zakat, apa sahaja.

Orang kita bukan lagi seperti dahulu, ilmu agama tidak sukar lagi dicari, di televisyen, mahupun internet juga terlalu banyak ilmu yang boleh dicari, tetapi,itulah lumrah kehidupan, tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza,tahu sahaja tidak memadai.

Sekadar renungan bersama.

wallahua'lam bissowab.

Tuesday, May 17, 2011

Nota Kerajaan Bani Umayyah Pendidikan Islam Tingkatan 4

nota_kerajaan_bani_umayyah

Penyakit dan kesakitan...

Semasa blog ni sedang ditaip...sesungguhnya aku masih lagi dalam keadaan sakit...hampir seminggu sudah kiranya penyakit mata conjunctivitis ni menyerang...sudah hampir 4 kali jugakla aku jumpa doktor....mula2 gi klinik kesihatan putrajaya hari selasa 10 mei...dia x bagi mc...cuma bagi time slip sbb mase aku dtg tuh aku tgh bekerja cuma minx permission keluar sekejap ke klinik...nak dijadikan cerita,takdirnya...elok sahaja aku balik ke sekolah, kebetulan minggu exam peperiksaan pertengahan tahun,aku dgn bijaknya makan ubat batuk n selesema yang doktor bagi(sbb tonsil dah bengkak, kira 2 in 1 punya penyakitla ni,sakit mata n tonsil,tp doktor terlupa bg ubat mata,sabojela)...lepas makanje ubat tuh,tersangatla mengantuk,sampai aku boleh terlelap2 jage exam bahasa inggeris kelas tingkatan 2 cita...elok sahaja tinggal 5 minit exam nak abes,time tu dalam 12.30...nursery anak aku iman call kata iman sesak nafas teruk...dengarje macam tu,kelam kabut aku kutip kertas exam,secepat kilat aku ke pejabat jumpa pengetua minta tandatangan keluar nak bawa anak pegi hospital...sampaije nursery,tersangatla sede tgk iman terbaring di carpet berpeluh2 sampai basah baju dengan nafas tercungap2...terus aku angkut iman masuk kereta terus memecut ke hospital bahagian kecemasan,terus masuk ke tempat semi kritikal, doktor bagi sedut nebulizer...sekali x ok,masih laju,bagi kali kedua baru ok sedikit,itupun doktor tuh pun agak x pasti n tanye pendapat aku pulak rasa nafas die dah ok belum....aku tgk mcm ok sket, then doktor kata boleh balik tp kalau nafas die laju semula dtg cepat ke hospital...dari hospital,aku x terus balik rumah, aku gi klinik kesihatan semula sbb nak amek ubat mata, sbb mata aku dh kronik sgt tak tahan dah sakit matanya,then,aku bawak iman makan bubur nasi kat kedai makan presint 8...tiba je kat rumah, x sampai sejam,nafas iman sesak semula...tp aku tunggu dulu sampai ptg pukul 6.30,tgk kalau2 ade perubahan,tp x ok jugak...then sekali lagi aku ke hospital, so dalam sehari, 2 kali aku ke klinik, 2 kali aku ke hospital...punyela penat ulang alik....sampai kat hospital,bawa iman ke bilik semi kritikal,doktor bagi neb...sekali x ok...2 kali x ok jugak...last2 doktor suh amek darah n xray...then bg neb lagi,still x ok...doktor sedut keluarkan kahak,still nafas iman x ok jugak...akhirnya pukul 10 malam iman dimasukkan ke dalam wad...ni kali kedua iman masuk wad, sebelum tuh bulan lepas, bulan april iman baru je masuk ke wad 2 hari 2 malam sbb sesak nafas jugak...kali ni pun same,iman duduk wad 2 hari, 2 malam jugak...hari khamis petang iman keluar wad...alhamdulillah,iman sihat dah boleh lari2 mcm biasa,seronok je tgk die sihat....tp mata aku masih x baik....masa jaga iman dalam wad, aku pun pegi jumpe doktor di bahagian kecemasan utk ambil mc...so dapatlah mc hari rabu-jumaat...n sampai sekarang,genap seminggu mata x baik2 lg,cuma rasa beransur kurang,alhamdulillah...hari isnin harituh 16 mei,time cikgu2 seronok sambut hari guru, aku masih lg di seremban(rumah mak mertua) sakit mata, hari isnin tu jugak aku jumpe doktor sekali lg utk recheck,n doktor bg mc sampai rabu,doktor kata kalau sampai rabu x baik2 jugak die refer pakar mata....bila dah sakit ni, barula sedar nikmat sihat,nikmat mata dpt melihat dengan baik,kalau x sakit kurang penghayatannya,xpela sakit kdg2 ni...lagipun, sakit kifarah dosa, moga Allah ampunkan segala dosa...ameen....


ni gambar iman mase mula2 msuk wad, sangatla sayu tgk iman, dengan nafas yang sangat laju, sampai kembang kempis hidung die punya sukar bernafas...masuk wad doktor letak oksigen di hidung die, cucuk tangan drip masuk ubat...sedih tgk budak kecik nakal jadi x bermaya bila sakit....